Saturday, January 10, 2009

Dream Big

Salam..

Hari ni aku nk share satu bende.. Dan bende ni aku tujukan utk sesiapa sahaja yg pergi jauh dalam life dia.. Yg betul2 nak berjaya dalam hidup x kira dalam bidang apa2 pun yg korang ceburi..

Sebelum tu aku nak ucap Tahniah pd Usop n Ayu.. Dah ade blog sendiri ek?? dan selamat datang ke dunia berblog.. Cuma macam aku kata blog bukan medan utama utk kita promote our produk.. Cumanya ia blh dijadikan satu medan yg baik utk mu 2 org meluahkan ape yg mu rasa, apa yg nak capai dlm hidup, mu nk jd gane, apa cita2 mu, penghargaan kpd org sekeliling mu, dan ape2 sahaja yang mampu memberi inspirasi kepada mu dan org lain terutama rakan-rakan bisnes mu..

.... dah magrib la.. nanti aku sambung blk k ... sori.. :)

Ok.. posting ni dh 5 hari aku biarkan x tersambung.. Sori aku ke penang 4 hari.. Ade urusan family + bisnes..

Ape yg aku nak share ni adalah satu bende yg 'besar' dalam menetukan kejayaan kita dalam bidang yg kita ceburi.. iaitu Dream Big..

Dream Big merupakan satu faktor besar dalam proses kita untuk mencapai impian kita..

Fakta mengatakan antara sebab utama kenapa seseorg itu gagal mencapai impian mereka adalah kerana impian mereka tidak cukup besar sekaligus tidak memberi 'keghairahan' dan 'kesan' yg besar kepada diri mereka..

Impian yg kecil akan menyebabkan mereka mudah menyerah dengan cabaran2 yg dilalui.. Ini kerana impian yg mereka setup itu tidak memeberi kesan yg bermakna kepada jiwa mereka.. Dan bila mereka gagal dlm mengejar impian yg sekecil itu, biasanya mereka akan takut utk berimpian perkara yg lebih besar.. Dan lebih malang lg, mereka akan terus menyalahkan takdir sedangkan pada hakikatnya mereka tidak memenuhi spesifikasi sbg seorang yg berimpian..

So apa beza dengan org yg berimpian besar??

Mereka yg mempunyai impian besar, akan melihat cabaran2 yg dilalui sebagai satu perkara yg kecil, satu perkara yg harus dilalui, satu perkara yg perlu ditempuhi utk mencapai impian mereka.. Ditambah lagi impian yg mereka setup itu memberi kesan yg besar kepada jiwa mereka.. Dan mereka akan menghadapi cabaran itu dengan penuh kesabaran dan kekuatan..

Jadi bagaimana dengan kita?

Adakah kita memiliki impian yang mampu membuatkan kita melepasi cabaran dengan sempurna???

Jd utk anda, mulalah berimpian perkara yg lebih besar dalam hidup anda.. Tq :)

..............

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails