Wednesday, August 18, 2010

Rampasan Minyak Tiruan

Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010

Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.

Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.

Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.

Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.

Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.

Lelaki itu -"U siapa?"

Saya - "Kenapa? Ada apa masalah?"

Lalu saya menunjukkan tag nama saya.

Lelaki itu - "U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan."

Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.

Lelaki itu - " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes."

Saya - "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marah dengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?"

Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, tak taulah apa yang diadukannya.

Lelaki itu - " Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 bole(RM)?

Saya - " Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak mau."

KPDNKK -" Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu.

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini...

Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun lalu.

Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis bersabit kes nakortik.

Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.

Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang sekali-sekala memberikan arahan.

Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui.

Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.

Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.

Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.

Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.

Tiada apa bezanya pembungkusan/botol dengan yang asli - semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang membezakannya ialah mungkin kelikatan/warna minyak di dalam botol itu.

Dan ianya hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti yang didakwa pengeluar.

Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati minyak ini diedarkan ke seluruh negara.

Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.

Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.

Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.

Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah produk yang ditiru.

Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.

Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG mengetahui ia adalah tiruan...

Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan menyiarkan entry/berita sebegini semata-mata sebagai peringatan kepada kita semua?

Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa asas yang kukuh



Credit to : www.odscene.com
Related Posts with Thumbnails