Monday, January 2, 2017

BAHAYA GUNA MINYAK PELINCIR TIRUAN


AWAS! Berhati-hati semasa hendak membeli minyak pelincir untuk kenderaan anda. Bukan semua minyak pelincir yang di jual di pasaran adalah tulen (ORIGINAL). Dengan teknologi zaman kini, sindiket-sindiket minyak pelincir tiruan boleh meniru semua jenama yang terkenal. Contoh jenama yang ada di pasaran adalah Castrol, Shell, Motul, Pennzoil, Toyota dan sebagainya.
Di samping itu, terdapat 3 kategori minyak pelincir di pasaran iaitu mineral, semi sintetik dan fully sintetik . Ramai yang mungkin tidak mengetahui apa perbezaan mineral dengan sintetik. Untuk pengetahuan anda semua, minyak mineral merupakan minyak yang terhasil daripada proses penyulingan yang memisahkan minyak mentah kepada beberapa bahagian lain iaitu gas, petrol, gris dan minyak pelincir. Bagi minyak sintetik pula, ia merupakan minyak yang dihasikan melalui beberapa proses kimia tambahan yang rumit bagi memastikan penyusunan dan menghasilkan satu cecair pelincir yang mempunyai ciri-ciri yang baik.
Seperti yang kita tahu, minyak enjin ini terdiri daripada pelbagai jenis, harga, kualiti serta jenama yang banyak dijual di pasaran. Penting bagi seseorang mengenalpasti dan mengetahui jenis harga, atau jenama minyak enjin yang bersesuaian dengan kereta anda. Ini adalah kerana ramai yang telah tertipu dengan pembelian minyak pelincir tiruan oleh kerana kurang peka atau kurang pendedahan dengan keadaan sekeliling.
Tambahan itu, enjin kereta dibina dengan keluli/logam. Semuanya diperbuat daripada keluli. Jadi bila seseorang panaskan enjin, keluli dalam enjin itu akan terus bergerak dan bergesel di antara satu sama lain. Apabila bergesel ia akan menghasilkan satu percikan dan haba. Minyak pelincir ini fungsinya adalah menggerakkan dan melicinkan pengeseran keluli di dalam enjin anda.
Jika anda menggunakan minyak pelincir tiruan, ia akan mengakibatkan minyak pelincir tidak mampu menyerap haba yang di hasilkan. Disebabkan itu juga enjin anda akan cepat panas dan penggeseran akan menjadi kasar dan haus dan akhirnya menyebabkan overheated.
Justeru, penggunaan minyak pelincir haruslah betul dan sesuai bagi mengekalkan ketahanan enjin. Tukaran mengikut jadual mampu mengelakkan kehausan komponen akibat daripada geseran. Bagi mengenali dan memastikan kita tidak terbeli minyak pelincir tiruan adalah dengan memeriksa bau minyak enjin yang asli tersebut.
Selain itu, cara yang lain adalah dengan membeli sendiri dari pengedar yang sah contohnya di petrol stesen. Ini kerana risiko kemungkinan kita diberi minyak pelincir tiruan agak tinggi apabila kita terlalu memberi kepercayaan kepada pihak bengkel. Elakkan juga daripada membeli minyak hitam yang berjenama di mana di jual murah dari harga pasaran.
Dalam pada itu kita dapat lihat keratan akhbar dan juga berita di mana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjual minyak enjin tiruan atau minyak recycle untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Jadi saranan kami, gunalah minyak pelincir yang bersesuaian dengan jenis kenderaan anda. Jika kereta biasa gunalah yang biasa. Jika kenderaan berat gunalah minyak pelincir yang direka bentuk khusus untuknya. Menggunakan minyak yang betul atau bersesuaian dengan kenderaan kita bukan sahaja melindungi dan memanjangkan jangkau usia enjin kereta kita dan meningkatkan prestasinya, malah ia akan membantu kita berjimat di atas kos penyenggaraan dan minyak/ bahan api. Jadi berhati-hatilah dalam memilih, membeli dan mengenalpasti minyak pelincir yang tulen dan tiruan di luar sana.

Sumber www.serv.my

OUTLET MAXOIL PANTAI TIMUR


 


 

Related Posts with Thumbnails